Pages

Thursday, 17 May 2012

Kahwin Muda Lagi Bagus

siapa ada baca keratan akhbar hari ini?






kenapa??kenapa kahwin muda lagi bagus..??
Bagi sy ar kan...lebih baik kahwin awal-awal daripada bawak anak dara orang ke hulu ke hilir....bawak pergi tengok wayang...makan sama-sama...tak ke buat dosa tu...at least kalau kahwin awal...dia telah menghalalkan hubugannya dengan si bunga tersebut...orang pon tak pandang serong...mungkinlah sesetengah orang akan berpendapat si kumbang tu tak berkemampuan lagi untuk menyara si bunga...yelah,..sibuk nak belajar lagi...nak sara keluarga lagi kan...


Tapi...bukankah ade jalan alternatifnya...??
nikah khitbah...mungkin ramai yang tak tahu pasal nikah khitbah ni...


  • Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
  •     Suami
  •     Isteri
  •     Wali
  •     Saksi
  •     Akad

cuma bezanya ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti  :
  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya. 


Jadi...kalau si kumbang dan si bunga nak keluar dating, makan sama-sama atau study sama-sama tak salah pon....tak berdosa sebab mereka dah kahwin...kalau terlanjur sekalipon tak ape...tak berdosa ok...


So mai lar kita nikah awal-awal supaya penzinaan dapat kkita elakkan...
yalah....zina mata....zina hati....senang untuk berlaku....


Renung-renungkanlah..~

No comments:

Post a Comment